Samsung Galaxy S25 FE telah dilancarkan secara rasmi sebentar tadi sebagai peranti siri Galaxy S25 yang paling mampu milik tahun ini. Sekilas pandang dari hadapan, Galaxy S25 FE mempunyai rekaan yang mirip dengan Galaxy S25+ kerana mengekalkan konfigurasi kamera, tubuh dan saiz skrin yang sama.

Skrin sebesar 6.7″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz dengan Gorilla Glass Victus+. Ia menyokong kadar segar semula 60Hz atau 120Hz sahaja kerana bukan dari jenis LTPO. Terdapat bezel yang nipis di keempat-empat sisi serta pengimbas cap jari terbina di bawah skrin.

Peranti dijana oleh cip Exynos 2400, dilengkapi memori 8GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 512GB UFS 4.0, dan bateri pula sebesar 4900 mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar dan 15W nirwayar QI2 yang sama seperti tahun lalu. Ia turut boleh mengecas peranti lain secara nirwayar menerusi ciri PowerShare.

Kamera utama pula terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, lensa ultra sudut lebar 12MP dan lensa telefoto 8MP yang menyokong zum optikal 3X. Kamera swafoto pula sebesar 10MP. Lensa sudut lebar dan telefoto hadir dengan sistem penstabilan imej OIS.
Tubuh peranti diperbuat daripada bahan enhanced Armor Aluminum dengan sisi yang rata. Terdapat sistem penyejukan kebuk wasap yang 10% lebih besar berbanding model tahun lalu. Keseluruhan peranti melepasi piawaian IP68.

Keunikan model tahun ini ialah ia telefon siri Galaxy S25 pertama dilancarkan dengan Android 16 secara terpasang menerusi pelancar One UI 8. Menerusi One UI 8 terdapat ciri Galaxy AI seperti mengubah lakaran menjadi imej, menyunting imej dengan AI, bantuan alih bahasa pada teks, alih bahasa menggunakan panggilan telefon dan ciri ringkasan dokumen menerusi aplikasi Notes.
Circle to Search, Now Bar, Now Brief dan Google Gemini. Seperti semua peranti mercu mereka, Samsung akan memberikan 7 kemas kini versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti sepanjang hayat peranti.

Di Malaysia harga jualan Samsung Galaxy Z Fold7 adalah seperti di bawah jualan terbuka adalah bermula 19 September. Warna yang ditawarkan ialah Navy, White, Icyblue dan Jetblack.
- Samsung Galaxy S25 FE (8/256GB) – RM 3099
- Samsung Galaxy S25 FE (8/512GB) – RM 3699


