Samsung Galaxy A24 Pula Menerima Kemas Kini Android 14

TechnologyDigital
30 Nov 2023 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy A24 adalah satu lagi telefon pintar kelas asas Samsung yang dijual di Malaysia pada harga RM999. Peranti ini hadir dengan skrin 6.5-inci Super AMOLED FHD+, dijana cip Helio G99 yang dipadankan dengan memori dan storan 8/128 GB. Kamera pula adalah 50MP, OIS + 5MP + 2MP dengan kamera swafoto 13MP.

image is not available

Selepas Galaxy A14 menerima kemas kini One UI 6.0 berasaskan Android 14, kini Galaxy A24 pula menerima kemas kini yang sama. Menariknya, kebanyakan ciri yang sama ditawarkan pada Galaxy S23 dengan One UI 6.0 turut boleh digunakan pada peranti ini. Buat masa ini, hanya pengguna di negara Timur Tengah dan Afrika Utara sahaja menerima kemas kini ini dengan negara lain akan menerimanya secara berperingkat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved