Samsung Galaxy A14 5G Mula Menerima Kemas Kini Android 14

TechnologyDigital
28 Nov 2023 • 9:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy A14 5G adalah telefon pintar kelas asas Samsung yang dijual di Malaysia pada harga RM949. Ia menggunakan skrin 6.6-inci IPS LCD 90Hz, dijana cip Dimensity 700 dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Konfigurasi kamera adalah 50+2 Megapixel dengan kamera swafoto 13MP.

image is not available
Sumber Gambar – @tarunvats33

Terbaru, peranti ini dilihat telah mula menerima kemas kini One UI 6.0 berasaskan Android 14 di pasaran India dan dijangka akan diedarkan kepada semua pengguna secara berperingkat tidak lama lagi. Ini sekaligus membuktikan komitmen Samsung dalam memberikan kemas kini pantas yang konsisten tanpa kira kelas apakah peranti tersebut berbanding pesaing lain yang majoritinya masih menawarkan kemas kini Android 13.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved