
Penantian untuk Samsung Galaxy A57 dan Samsung Galaxy A37 akan berakhir pada 25 Mac depan dengan pelancarannya disahkan akan dilakukan di India. Menerusi akaun media sosial rasmi Samsung, siri Galaxy Awesome akan berlangsung pada jam 7.30 malam waktu Malaysia. Siri Galaxy A dinantikan di Malaysia kerana menawarkan ciri menarik pada harga yang lebih mampu milik.

Samsung Galaxy A57 dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 120HZ, dikuasakan oleh cip Exynos 1680, memori 8GB RAM, storan 128/256GB dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 45W. Ini dipadankan pula dengan kamera utama sudut lebar 50MP, ultra lebar 12MP dan makro 5MP. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 12MP.

Samsung Galaxy A37 dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 120HZ, dikuasakan oleh cip Exynos 1480, memori 6/8GB RAM, storan 128/256GB dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 45W. Ini dipadankan pula dengan kamera utama sudut lebar 50MP, ultra lebar 12MP dan makro 5MP. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 12MP.


