Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac

19 Mar 2026 • 8:17 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, bersamaan dengan 21 Mac 2026.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran televisyen dan radio tempatan sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 21 Mac 2026,” katanya.

Aktiviti cerapan anak bulan telah dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi. - 19 Mac, 2026

The post Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac appeared first on Scoop.