Samsung Galaxy F54 5G Akan Dilancarkan Pada 6 Jun

TechnologyDigital
31 May 2023 • 8:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy F54 5G akan dilancarkan pada 6 Jun ini. Ia sebuah lagi peranti kelas pertengahan daripada mereka yang dilengkapi cip Exynos 1380. Tarikh pengumuman pelancaran dilakukan Samsung menerusi laman rasmi mereka di India semalam.

image is not available

Berdasarkan imej promosi yang telah dikongsi, Galaxy F54 mempunyai banyak persamaan dengan Galaxy A54 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Mac. Perbezaan antara kedua-dua model ialah Gaalxy F54 akan dilengkapi kamera sebesar 108MP yang lebih besar daripada 50MP pada Galaxy A54.

Galaxy F54 juga disahkan akan menyokong Nightography, Astrolapse, Single Take, dan Fun Mode pada kameranya. Untuk maklumat lebih lanjut kita hanya perlu menanti sekitar seminggu sahaja lagi sebelum peranti dilancarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved