Samsung Galaxy Ring 2 Sedang Dibangunkan – Sokongan iPhone Mungkin Turut Disertakan

TechnologyDigital
1 Jul 2026 • 3:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung telah memberi bayangan bahawa Galaxy Ring 2 sedang dibangunkan seperti yang dikongsikan oleh Dr. Hon Pak, iaitu Naib Presiden Kanan dan Ketua Bahagian Kesihatan Digital Samsung dalam temu bual bersama Forbes.

Image from: Samsung Galaxy Ring 2 Sedang Dibangunkan – Sokongan iPhone Mungkin Turut Disertakan

Samsung dilihat sedang mencuba pendekatan baharu untuk Galaxy Ring 2, yang dijangka berfungsi dalam ekosistem pintar syarikat. Peranti ini akan berhubung dengan telefon, jam tangan dan peranti rumah pintar, dengan perkongsian data yang lebih menyeluruh. Terdapat juga kemungkinan ia akan menyokong iPhone namun perkara ini masih belum disahkan secara rasmi dan buat masa ini hanya sekadar spekulasi daripada laporan tular.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Ring 2 dikhabarkan akan hadir dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, reka bentuk lebih nipis serta sensor terbina yang lebih baik untuk bacaan suhu kulit dan pemantauan jantung. Bagaimanapun, pelancaran rasmi Galaxy Ring 2 diramalkan tidak berlaku pada acara Galaxy Unpacked terdekat. Malah, ia berkemungkinan besar tidak akan dilancarkan dalam tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved