Samsung Galaxy S26 FE Akan Dilancarkan Pada 27 Ogos

TechnologyDigital
20 Aug 2026 • 10:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S26 FE Akan Dilancarkan Pada 27 Ogos

Samsung mengecahkan akan mengadakan acara pelancaran Samsung Galaxy S26 FE pada 27 Ogos depan. Ini ialah model Galaxy S26 yang akan menjadi paling mampu milik. Disamping sebuah telefon pintar, Samsung juga dipercayai akan melancarkan sepasang fon telinga berbentuk subang dan sebuah fon kepala baharu.

Spesifikasi Samsung Galaxy S26 FE telah tertiris dengan ia dilengkapi skrin 6.7″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz, dipadankan dengan cip Exynos 2500, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 4900 mAh dengan pengecasan 45W.

Image from: Samsung Galaxy S26 FE Akan Dilancarkan Pada 27 Ogos

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra lebar 12MP dan telefoto 8MP. Sementara di depan kamera swafoto sebesar 12MP. Tubuh peranti pula melepasi piawaian IP68. Di atas kertas spesifikasi Galaxy S26 FE adalah sama dengan Galaxy S25 FE cuma dengan pemproses sahaja ditambah naik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved