Samsung Galaxy S26 FE Dilancarkan Dengan Exynos 2500 dan Android 17 – Harga Bermula RM2499

TechnologyDigital
27 Aug 2026 • 8:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S26 FE telah dilancarkan secara sebagai peranti siri Galaxy S26 yang paling mampu milik tahun ini. Sekilas pandang daripada hadapan, Galaxy S26 FE mempunyai rekaan yang mirip dengan Galaxy S26+ kerana mengekalkan konfigurasi kamera, tubuh dan saiz skrin yang sama.

Image from: Samsung Galaxy S26 FE Dilancarkan Dengan Exynos 2500 dan Android 17 – Harga Bermula RM2499

Skrin sebesar 6.7″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz dengan Gorilla Glass Victus+. Ia menyokong kadar segar semula 60Hz atau 120Hz sahaja kerana bukan dari jenis LTPO. Pengimbas cap jari diletakkan di bawah skrin dengan bezel sama rata kecuali di bahagian dagu.

Peranti dijana oleh cip Exynos 2500, dilengkapi memori 8GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 512GB UFS 4.0, dan bateri pula sebesar 4900 mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar dan 15W nirwayar QI2 yang sama seperti tahun lalu. Ia turut boleh mengecas peranti lain secara nirwayar menerusi ciri PowerShare. Tidak seperti model tahun lalu, tahun ini Samsung menawarkan model dengan storan bermula 128GB.

Image from: Samsung Galaxy S26 FE Dilancarkan Dengan Exynos 2500 dan Android 17 – Harga Bermula RM2499

Kamera utama pula terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, lensa ultra sudut lebar 12MP dan lensa telefoto 8MP yang menyokong zum optikal 3X. Kamera swafoto pula sebesar 10MP. Lensa sudut lebar dan telefoto hadir dengan sistem penstabilan imej OIS.

Tubuh peranti diperbuat daripada bahan Enhanced Armor Aluminum dengan sisi yang rata. Terdapat sistem penyejukan kebuk wasap yang 10% lebih besar berbanding model tahun lalu. Keseluruhan peranti melepasi piawaian IP68.

Image from: Samsung Galaxy S26 FE Dilancarkan Dengan Exynos 2500 dan Android 17 – Harga Bermula RM2499

Ia turut menggunakan Android 17 dengan pelancar One UI 9. Menerusi One UI 8 terdapat ciri Galaxy AI seperti mengubah lakaran menjadi imej, menyunting imej dengan AI, bantuan alih bahasa pada teks, alih bahasa menggunakan panggilan telefon, ciri ringkasan dokumen menerusi aplikasi Notes.

Circle to Search, Now Bar, Now Brief dan Google Gemini. Seperti semua peranti mercu mereka, Samsung akan memberikan 7 kemas kini versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti sepanjang hayat peranti.

Image from: Samsung Galaxy S26 FE Dilancarkan Dengan Exynos 2500 dan Android 17 – Harga Bermula RM2499

Di Malaysia harga jualan Samsung Galaxy S26 FE adalah seperti di bawah dengan pratempahan telah dibuka. Warna yang ditawarkan ialah Pistachio, Blueberry, dan Graphite.

Untuk tempoh terhad, Samsung menawarkan rebat sehingga RM600 dan potongan tambahan RM100 lagi menerusi Samsung Fans. Selepas harga promosi, S26 FE adalah lebih murah berbanding S25 FE yang dijual pada harga RM 3099 (256GB) dan RM 3699 (512GB) tahun lalu. Pembeli turut menerima langganan Google AI Pro percuma selama 6 bulan.

ModelHarga Asal Harga Promosi
8/128GBRM 2899RM 2499
8/256GBRM 3299RM 2799
8/512GBRM 4099RM 3399
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved