Samsung Galaxy SmartTag generasi 2 sedang dibangun, apa naik taraf yang bakal dibawakan?

Digital
11 Mar 2023 • 10:03 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Galaxy SmartTag telah dilancarkan oleh Samsung dalam tahun 2021. Ia pesaing kepada Apple AirTag dan sangat berguna untuk elakkan barang daripada hilang. Dilaporkan bahawa Samsung akan melancarkan generasi kedua kepada SmartTag tak lama lagi.

Tidak dapat dipastikan di bahagian manakah penambahbaikan bakal dibawakan. Harapnya sesuatu yang boleh memukau pengguna dan juga ada fungsi lebih baik berbanding SmartTag sedia ada ataupun Apple AirTag.

image is not available

Pemerhati pasaran menjangkakan SmartTag generasi baharu akan diperkenal bersama-sama peranti boleh pakai seperti fon putik Galaxy Buds 3, Galaxy Watch 6 ataupun bersama-sama telefon seperti Galaxy Z Fold 5 dan Z Flip 5.

Masalah dengan Samsung SmartTag dan Apple AirTag adalah ia hanya boleh digunakan pada telefon jenama masing-masing. Sebab itulah dilaporkan juga yang Google sedang membangunkan tag yang serupa dan pastinya boleh diguna pakai oleh semua pengguna Android tak kira jenama.

[Sumber: SamMobile]

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved