TicWatch Pro 5 Akan Dijana Cip Snapdragon W5+ Gen 1 Dan Bateri 611mAh

TechnologyDigital
22 Feb 2023 • 6:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Watch Series 8, Samsung Galaxy Watch5 dan banyak lagi jam tangan pintar kerap menggunakan cip pemprosesan generasi lama. Tetapi TicWatch Pro 5 dari Mobvoi mungkin akan menjadi pertama di pasaran menggunakan cip generasi baharu iaitu Snapdragon W5+ Gen 1.

Mobvoi telah pun mengeacah jam ini sejak Jun tahun lepas lagi, tetapi sehingga hari ini masih tiada sebarang khabar mengenai perkembangannya. Kini penyenaraian di FCC mendedahkan beberapa spesifikasi jam ini.

image is not available

Saiz jam adalah 47.8mm diameter dengan tebal 12.4mm. Jam ini akan memfokuskan kepada ketahanan bateri dan menurut FCC bateri jam ini adalah mencapai 611mAh. Jam turut akan menjalankan Wear OS 3 Android 11. Rekaan jam berdasarkan apa yang tertiris sebelum ini nampak lebih kurang sama dengan TicWatch Pro generasi lama.

image is not available

Berdasarkan pengalaman di Amanz, TicWatch Pro 3 atau Pro 3 GPS benar-benar berkuasa, lancar dan memberi penggunaan yang memuaskan. Kini dengan Wear OS 3 dan cip generasi baharu, adakah ini jam tangan pintar yang semua idamkan?