Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) Dilancarkan Secara Rasmi

TechnologyDigital
27 Mar 2024 • 11:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung mengumumkan tablet Galaxy Tab S6 Lite (2024) baharu untuk pasaran global. Ia menawarkan sebahagian besar aspek yang sama seperti model terdahulu dengan perubahan pada cip pemprosesan. Meskipun tidak dinyataan secara jelas namun dipercayai bahawa tablet ini boleh dijana dengan cip Exynos 1280.

image is not available

Seterusnya, skrin adalah sebesar 10.4-inci dengan resolusi WUXGA+ (2000 x 1200 piksel). Pilihan memori pula sebesar 4GB RAM dan storan sehingga 128GB dengan sokongan mikroSD tambahan sehingga 1TB. Bateri berkapasiti 7040mAh juga masih dikekalkan yang menjanjikan sekurang-kurangnya 14 jam main balik video tanpa henti.

image is not available

Samsung turut menyediakan sokongan S-Pen pada tablet ini untuk meningkatkan produktiviti dengan lebih baik. Kemudian pembesar suara dengan sokongan audio AKG dan Dolby Atmos juga masih disertakan. Di samping beberapa fungsi penting lain seperti kamera utama 8MP, swafoto 5MP dan menjalankan Android 14.

image is not available

Tablet ini didatangkan dalam varian Wi-Fi dan LTE dengan pilihan warna yang termasuk Oxford Gray, Chiffon Pink atau Mint. Tiada harga jualan didedahkan buat masa ini.