Samsung Galaxy XCover 6 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 778G Dan Ketahanan MIL-STD-810H

TechnologyDigital
30 Jun 2022 • 9:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Galaxy XCover 6 Pro kini rasmi sebagai peranti tahan lasak terkini dari Samsung. Peranti dilengkapi skrin 6.6″ TFT FHD+ 120Hz dengan panel kaca Gorilla Victus+, dipadankan dengan Snapdragon 778G, memori 6GB RAM, storan 128GB (yang boleh ditambah ke 1TB dengan mikro SD), dan bateri sebesar 4050 mAh yang boleh ditanggalkan serta pengecasan menerusi port POGO.

image is not available

Kamera utama 50MP sudut lebar dipadankan dengan 8MP ultra sudut lebar sementara itu kamera swafoto pula sebesar 13MP. Sistem operasi yang digunakan adalah masih Android 12 dengan pelancar One UI. Peranti ini juga akan menerima sokongan kemas kini sehingga empat versi Android dan lima tahun tampalan sekuriti. Terdapat juga sokongan Samsung DeX membolehkan ia berfungsi seakan desktop.

image is not available

Tahap ketahanan ialah kalis air serta debu IP689 dan tahan hentakan MIL-STD-810H. Sistem audio pula adalah Dolby Atmos. Akhir sekali sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada sisi terbina dalam butang kuasa. Samsung Galaxy XCover 6 Pro akan mula dijual Julai ini tetapi harga belum diumumkan.