Samsung Galaxy Z Flip7 Turut Tertiris – Langsung Tiada Beza Dengan Flip6

TechnologyDigital
27 Feb 2025 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telefon dengan skrin boleh-katup popular Samsung Galaxy Z Flip bakal hadir dengan model generasi ketujuh mereka tahun ini. Sebentar tadi, siri Galaxy A baharu telah tertiris kini giliran peranti ini pula.

Peranti ini adalah Galaxy Z Flip7 dan sangat mengecewakan kerana imej tertiris memperlihatkan tiada perubahan rekaan langsung berbanding Galaxy Z Flip6. Ini adalah perkara sama berlaku pada Galaxy S25 dan S25+ yang tiada perubahan berbanding Galaxy S24.

image is not available

Walaupun tiada perubahan ketara pada rekaan, ia dikatakan adalah lebih besar dengan skrin di dalam bersaiz 6.8″ berbanding 6.7″ dan skrin luar pula kini 3.6″ berbanding 3.4″. Selain itu, Galaxy z Flip7 turut dikatakan akan menggunakan teknologi skrin dan engsel baharu yang akan menjadi paparan tidak mempunyai kesan lipatan yang jelas.

image is not available

Jika ini benar, ia selari dengan laporan mengenai iPhone dengan skrin lipat turut akan menggunakan skrin Samsung yang tiada kesan lipatan. Galaxy Z Flip7 mungkin akan kekal dengan cip Snapdragon 8 Elite For Galaxy, kamera 50+12 Megapixel, bateri 4000mAh dengan pengecasan 25W, diharapkan akan ada perlindungan kalis air dan debu lebih baik serta harga jualan yang tidak semakin mahal.