Siri Samsung Galaxy A akan dilancarkan pada 2 Mac depan dan pagi ini spesifikasi lengkap ketiga-tiga peranti telah tertiris menerusi laman WinFuture. Samsung Galaxy A56 dilengkapi skrin 6.7″ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Exnynos 1580, memori 8GB RAM, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar. Kamera utama pula terdiri daripada sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan makro 5MP. Di hadapan pula kamera 12MP digunakan untuk swafoto.

Samsung Galaxy A36 juga dilengkapi skrin 6.7″ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 6 Gen 3, memori sehingga 8GB RAM, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar. Kamera utama pula terdiri daripada sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan makro 5MP. Di hadapan pula kamera 12MP digunakan untuk swafoto.

Akhir sekali Samsung Galaxy A26 juga sekali lagi dilengkapi skrin 6.7″ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Exynos 1380, memori sehingga 8GB RAM, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 25W berwayar. Kamera utama pula terdiri daripada sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Di hadapan pula kamera 13MP digunakan untuk swafoto.

Ketiga-tiganya menggunakan sistem operasi One UI 7 berasaskan Android 15 dengan iklan promosi mengesahkan siri Galaxy A akan menerima 6 versi Android. Ketiga-tiganya juga mempunyai speaker stereo dan kemampuan kalis air IP67. Hanya Galaxy A36 dan A26 masih dilengkapi bicu audio 3.5mm.
