Samsung dijangka melancarkan Galaxy Z Flip 8 bersama Galaxy Z Fold8 pada pertengahan tahun 2026.

Menurut laporan sumber, generasi baharu ini akan menampilkan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan berbanding model sebelumnya.
Hasilnya, Filp8 berpotensi menawarkan pengalaman genggaman yang lebih selesa dalam keadaan terbuka mahupun tertutup, serta lebih mudah dibawa kemana-mana.

Langkah ini diambil susulan jualan Flip7 yang dikatakan kurang memberangsangkan manakala Fold7 pula menerima peningkatan ketara dari segi reka bentuk serta sambutan pengguna.
Oleh itu, Samsung menyasarkan peningkatan jualan bagi Flip8 dan Fold8 dengan jumlah unit yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya.

Rekaan baharu ini menekankan aspek ketebalan minimum selari dengan trend pengeluar China yang mengutamakan telefon boleh lipat yang lebih nipis. Pada masa sama, Samsung dilaporkan turut bersedia menerima kemasukan Apple ke pasaran peranti boleh-lipat.
Meskipun kehadiran Apple kelak dijangka mampu memberi nafas baharu dalam pasaran, Samsung masih bertekad memastikan Flip8 cukup menarik untuk mengekalkan kesetiaan penggunanya.

