Samsung India lancar Galaxy M34 5G, kini ada skrin OLED

Digital
11 Jul 2023 • 12:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pasaran telefon pintar India telah menerima satu telefon baharu kelas pertengahan daripada Samsung iaitu Galaxy M34 5G. Bermula di bahagian muka, M34 5G memperagakan panel paparan 6.5" Super AMOLED beresolusi FHD+. Kecerahannya boleh mencapai 1,000 nits dengan kadar segar semula 120Hz. Panel paparan itu dilindungi oleh kaca Corning Gorilla Glass 5.

image is not available

Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Exynos 1280 (5nm) dengan beberapa kombinasi RAM dan storan seperti 6+128 dan 8+128.

Di jabatan pengimejan, Galaxy M34 mengguna pakai sistem trikamera belakang. Kamera utamanya adalah kamera bersensor 50MP dengan OIS. Kemudian, ia juga ada kamera ultralebar 8MP dan satu lagi kamera 2MP untuk bokeh. Selfie diambil dengan kamera 13MP.

image is not available

Menyalakan telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 6,000mAh dan ia dicas menggunakan blok 25W yang diberikan di dalam kotak.

Berbanding M33 5G yang sedia dijual di Malaysia, M34 5G membawakan naik taraf yang baik. Ia kini menggunakan panel AMOLED yang lebih cantik manakala kamera selfie naik kepada 13MP. Lebih penting adalah kapasiti bateri 1,000mAh lebih besar berbanding sebelumnya. Lain-lain spesifikasi kelihatan masih sama antara kedua-duanya.

image is not available

Harga jualan Samsung Galaxy M34 5G di India adalah:

  • RAM 6GB + Storan 128GB – INR 16,999 (~RM962)
  • RAM 8GB + Storan 128GB – INR 18,999 (~RM1,075)

Walaupun harga tukaran terus daripada matawang India kelihatan murah, sukar untuk katakan yang harga itu akan dibawa masuk ke Malaysia. Sebagai perbandingan, Galaxy M33 5G yang mereka lancarkan adalam bulan Mac 2022 lalu masuki Malaysia pada harga RM1,499.

Lagipun, mereka sudah ada Galaxy M14 5G di Malaysia di diumumkan dalam bulan Mei 2023 lalu pada harga RM1,099.

Sumber: Samsung