Samsung India Mengacah Pelancaran Galaxy S23 FE Pada 4 Oktober

TechnologyDigital
2 Oct 2023 • 9:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung India kini melalui laman sosial mereka mengacah pengenalan peranti baharu pada 4 Oktober 2023. Mengikut pelbagai ketirisan sebelum ini, ia dijangka Samsung memperkenalkan Galaxy S23 FE buat pertama kalinya pada tarikh berkenaan.

image is not available

Samsung dijangka hadir dengan dua variasi cip pada Galaxy S23 FE, iaitu satu menggunakan Exynos 2200 yang bakal dipasarkan di kebanyakkan negara, disamping satu lagi menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang akan eksklusif di beberapa buah negara sahaja.

image is not available

Disamping Galaxy S23 FE, Samsung juga dijangka memperkenalkan beberapa peranti lain dibawah penjenamaan “FE”, termasuk sebuah tablet dan juga fon telinga nirwayar.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu ini untuk melihat Galaxy S23 FE, disamping mengetahui bilakah ia akan dipasarkan di Malaysia.