Samsung Ingin Melabur Pada Perplexity Dan Integrasikan Pada Peranti

TechnologyDigital
2 Jun 2025 • 2:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung kini dilaporkan sedang dalam usaha untuk melabur pada firma kecerdasan buatan Perplexity AI, sekaligus mengintegrasikan penawaran kecerdasan buatan janaan dan carian berkenaan pada peranti-peranti keluaran mereka.

Sekiranya semua berjalan lancar, kedua-dua pihak dijangka mengumumkan kerjasama dan integrasi Perplexity seawal tahun ini, dan menyasarkan ia hadir terbina pada Galaxy S26 kelak. Ini sekaligus akan memperlihatkan Samsung melihat kepada alternatif berbanding integrasi Google Gemini.

Penawaran Perplexity dijangka akan hadir bukan sahaja sebagai pembantu maya AI pada peranti Samsung, tetapi turut mengintegrasikannya sebagai fungsi carian pada pelayar web Samsung. Pada masa yang sama, kedua-dua pihak juga dikatakan berbincang dalam pembangunan sistem operasi dengan integrasi AI menyeluruh dan ejen AI yang membantu dalam sejumlah tugasan.

Buat masa ini, kedua-dua pihak Samsung dan Perplexity tidak mengeluarkan komen rasmi berkaitan hal ini.