Samsung Kini Menawarkan Mesin Basuh dan Pengering Untuk Perniagaan Di APAC

LocalTechnology
15 Oct 2026 • 12:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mesin basuh dan pengering Samsung mempunyai reputasi menawarkan kemampuan membersih yang baik dengan ia digabungkan dengan penggunaan pelbagai teknologi terkini. Contoh terbaik tahun lalu mesin basuh Samsung Bespoke boleh dikawal menggunakan suara, menjawab panggilan telefon dan ciri pintar memulakan kitaran membasuh secara automatik berdasarkan busana yang dimasukkan.

Image from: Samsung Kini Menawarkan Mesin Basuh dan Pengering Untuk Perniagaan Di APAC

Setelah sekian lama menawarkan mesin basuh serta pengering kepada golongan konsumer, Samsung kini menggunakan kepakaran mereka untuk memasuki pula pasaran perniagaan B2B. Kedua-dua mesin masih lagi menggabungkan pelbagai ciri pintar produk konsumer dengan ia kini digunakan untuk memudahkan pemilik kedai dobi menguruskan perniagaan mereka.

Mesih basuh yang ditawarkan adalah dari jenis muatan depan dengan kapasiti sehingga 18 kilogram. Sementara itu mesin pengering pula juga jenis muatan depan dengan kapasiti 14 kilogram. Kedua-dua mesin telah dipertingkatkan untuk lebih tahan lasak bagi penggunaan basuhan lebih kerap. Dram dengan sistem Direct Drive pada mesin basuh misalnya diuji untuk bertahan sehingga 30,000 kitaran.

Image from: Samsung Kini Menawarkan Mesin Basuh dan Pengering Untuk Perniagaan Di APAC

Sistem basuhan Bubble Wash yang disertakan dengan ia membolehkan basuhan lebih bersih tetapi juga sepantas 36 minit sahaja. Mesin basuh dan pengering direka untuk disusun di atas satu sama lain untuk memaksimumkan penggunaan lantai dobi.

Selain itu bahagian dram pengering mempunyai sistem mengurangkan getaran yang bukan sahaja mengurangkan bunyi tetapi juga mengelakkan kerosakan akibat frekuensi resonans.

Image from: Samsung Kini Menawarkan Mesin Basuh dan Pengering Untuk Perniagaan Di APAC

Menerusi sistem pintar peranti berhubung Samsung, pemilik dobi boleh menetapkan tempoh basuhan, jumlah sabun yang digunakan dan melakukan pembersihan dram menerusi aplikasi. Sebarang isu pada mesin juga akan diterima serta merta dalam aplikasi. Mereka tidak perlu berada secara fizikal di kedai.

Mesin basuh dan pengering B2B Samsung telahpun ditawarkan kepada pelanggan di Indonesia, Malaysia, Filipian, Singapura, Thailand dan Vietnan dengan perancangan mengembangkannya ke lebih banyak pasaran Asia Tenggara dan Oceania menjelang penghujung 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved