Peti Sejuk Pintar Samsung Dikemaskini Untuk Lebih Bijak Memberikan Maklumat, Peringatan dan Saranan

TechnologyHome & Living
15 Oct 2026 • 1:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa tahun lalu Samsung mula menawarkan siri peti sejuk pintar di bawah payung Bespoke yang dikuasakan Bixby serta hadir dengan skrin besar di bahagian pintu. Jenaka mula muncul mengatakan peti sejuk Bespoke boleh diletakkan sahaja di ruang tamu untuk menonton TV dan bila lapar tak perlu berlari ke dapur mencari makanan.

Image from: Peti Sejuk Pintar Samsung Dikemaskini Untuk Lebih Bijak Memberikan Maklumat, Peringatan dan Saranan

Memang pada awalnya memang agak aneh melihat peti sejuk dengan skrin yang besar serta kemampuan kecerdasan buatan (AI) tetapi kini di tahun 2026, penggunaan AI bukan lagi jarang tetapi sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan pengguna. Semasa di Hanoi minggu ini, saya diberikan pelaung melihat Bespoke AI Refrigerator Family Hub yang menerima kemas kini terbaru Tizen 10.

Image from: Peti Sejuk Pintar Samsung Dikemaskini Untuk Lebih Bijak Memberikan Maklumat, Peringatan dan Saranan

Dengan kemas kini baharu ini, sistem AI pada peti sejuk telah diperingkatkan lagi dengan pelbagai ciri yang berguna, menyenangkan hidup dan mengurangkan pembaziran dalam dunia dimana kos sara hidup semakin melonjak.

Sistem AI Vision memberikan kemampuan kamera terbina pada peti sejuk untuk mengenalpasti barangan yang disimpan. Secara masa nyata jumlah makanan dalam peti sejuk akan dipantau AI tanpa anda perlu membuka pintu. Demo menunjukkan jumlah makanan ditambah apabila barangan dimasukkan dan ditolak apabila dikeluarkan.

Image from: Peti Sejuk Pintar Samsung Dikemaskini Untuk Lebih Bijak Memberikan Maklumat, Peringatan dan Saranan

Sistem AI Vision mengenai apakah yang dimasukkan seperti buah-buahan, minuman ringan dan makanan botol. Jika makanan disimpan dalam bekas plastik. Pengguna hanya perlu meletakkan label seperti “durian” dan sistem akan mengingati apa tersimpan dalam bekas.

Image from: Peti Sejuk Pintar Samsung Dikemaskini Untuk Lebih Bijak Memberikan Maklumat, Peringatan dan Saranan
Kamera

Menurut Samsung dengan ciri ini anda boleh memeriksa kandungan peti sejuk serta merta. Misalnya anda sudah di pasar raya tetapi tidak pasti sama ada telur, bawang dan kicap masih mencukupi. Inventori tersimpan dalam aplikasi SmartThings membolehkan anda melihat apa yang perlu dibeli. Pola pemakanan isi rumah turut dapat dianalisa oleh AI dengan pemilik boleh melihat sama ada gizi seimbang diambil atau diet yang sepatutnya dipatuhi berjaya dicapai.

Image from: Peti Sejuk Pintar Samsung Dikemaskini Untuk Lebih Bijak Memberikan Maklumat, Peringatan dan Saranan

Selain itu AI Vision juga boleh memberikan peringatan bahan yang mungkin sudah terlalu lama disimpan. Ia boleh memberikan saranan resipi makanan yang boleh dimasak berdasarkan apa yang. tersimpan sebelum bahan-bahan tersebut luput/rosak.

Seperti pada TV Samsung, Bixby pada peti sejuk Bespoke turut lebih berguna. Pertanyaan mengenai cuaca, berita, dan restoran berhampiran boleh disoal dengan ia boleh memberikan jawapan. Ciri Now Brief yang selama ini hanya di telefon dan tablet juga akhirnya diberikan pada peti sejuk pintar.

Image from: Peti Sejuk Pintar Samsung Dikemaskini Untuk Lebih Bijak Memberikan Maklumat, Peringatan dan Saranan

Peti sejuk pintar Samsung turut sekali lagi menjadi hab pintar yang boleh memberikan maklumat mengenai siapa yang dilihat pada loceng pintu berkamera dan memberitahu sekiranya baju sudah siap dibasuh.

Akhir sekali menerusi kemas kini perisian terkini, Samsung memperkenalkan Home Appliances Remote Management (HRM) dengan ia akan memberitahu sekiranya isu dikesan pada kelengkapan di rumah. Misalnya peti sejuk atau penyaman udara tidak mencapai suhu sepatutnya. HRM boleh membantu pemilik melakukan diagnostik, memberikan cara isu boleh diselesaikan atau sebagai langkah langkah akhir memberikan cara mudah mendapatkan khidmat bantuan pelanggan Samsung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved