Samsung Lanjut Kerjasama Dengan AMD Dalam Membawa Sokongan Grafik Berkuasa Pada Exynos

TechnologyDigital
6 Apr 2023 • 7:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung kini mengumumkan mereka telah melanjutkan lagi kerjasama strategik bersama AMD yang telah dimeterai pada 2019, kepada beberapa tahun lagi.

Melalui kerjasama ini, teknologi grafik prestasi tinggi yang dibangunkan AMD akan diintegrasikan pada cip Exynos keluaran Samsung, sekaligus menawarkan prestasi grafik yang berkualiti tinggi, serta menjimatkan tenaga.

image is not available

Ini termasuk membolehkan cip Exynos menikmati ciri grafik terkini seperti ray-tracing dan sebagainya pada peranti mudah-alih.

Dengan langkah ini juga, walaupun Samsung menawarkan peranti mercu bersama cip Snapdragon buat masa ini, ia turut memberikan petanda yang mana cip Exynos masih tidak dilupakan oleh syarikat gergasi Korea Selatan tersebut.