Samsung Malaysia dan Gamuda Land Bekerjasama Mengintegrasi AI Pada Rumah Pintar Moden

TechnologyDigital
13 Aug 2024 • 2:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Memiliki rumah yang selesa merupakan impian setiap satu daripada kita. Ditambah dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dapat merevolusikan cara kita membina rumah, serta menawarkan pelbagai faedah berbanding kaedah tradisional. Ini termasuklah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mencipta pengalaman yang lebih menarik dan interaktif buat pengguna.

image is not available

image is not available

Terbaru, Gamuda Land dan Samsung Malaysia mengumumkan kerjasama untuk merevolusikan kehidupan moden melalui penggunaan AI dalam pembangunan rumah pintar. Jalinan kerjasama itu adalah untuk meningkatkan kecekapan produktiviti sambil memudahkan kehidupan manusia di era moden yang mengikuti perkembangan zaman. Di sisi lain pula mampu mengoptimumkan penggunaan sumber yang memberi kesan positif kepada alam sekitar serta mengurangkan kos utiliti.

image is not available

image is not available

image is not available

Perkongsian ini melibatkan penyediaan unit pameran The Camellia Gamuda Cove yang dipertingkatkan dengan seluruh ekosistem Samsung Bespoke AI Home. Pelbagai barangan peralatan elektronik rumah pintar seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan juga penyaman udara yang tersedia turut dikuasakan dengan hab rumah pintar Samsung SmartThings untuk pengurusan dan pemantauan produk secara menyeluruh dengan lebih mudah. Pada masa yang sama penghuni rumah turut boleh memanfaatkan pembantu maya Bixby untuk memberi kawalan kepada setiap perkakasan pintar tersebut sama ada seruan secara terus atau berjadual.

image is not available

image is not available

Sejajar dengan itu juga, satu pameran telah diadakan di sini hari ini untuk pihak media mendapatkan pengetahuan lebih mendalam tentang penawaran disediakan berserta jenis produk dan pakej harga jualan. Antara produk disediakan termasuklah Samsung lifestyle Soundbar, Music Frame, The Frame dan banyak lagi. Pakej yang ditawarkan pula bermula RM30,599 untuk Essential Package, RM47,199 untuk Platinum Package dan RM75,999 untuk Diamond Package.

image is not available