Ada Pihak Guna Dron Untuk Seludup Dadah Ke Dalam Penjara Tapah

LocalPolitics
10 Aug 2024 • 1:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dron sememangnya mempunyai banyak kegunaannya dalam kehidupan seharian kita. Pada zaman yang serba moden ini, ada juga pekebun yang menggunakan dron untuk meninjau hasil tanaman kebun mereka.

Namun, ada pula pihak cuba untuk menggunakan teknologi ini untuk perkara yang salah di sisi undang-undang kerena pihak penjara Tapah telah menemui sebuah dron berwarna putih di atas bumbung salah sebuah blok Penjara Tapah Road di Perak semalam.

Memetik laporan Berita Harian, barangan merbahaya disyaki dadah telah cuba diseludup masuk ke dalam bangunan penjara tersebut namun cubaan menyeludup masuk itu gagal setelah kehadirannya disedari oleh seorang petugas penjara.

image is not available

Staf penjara berkenaan kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Kakitangan penjara dan anggota lain yang membuat rondaan di sekitar penjara itu pada jam 11.30 pagi telah menemui dron terbabit dan sebuah beg dobi turut ditemui digantung pada dron tersebut.

Pihak polis yang menerima laporan terbabit telah membuat pemeriksaan dan pihak mereka menemui satu paket plastik lut sinar yang mengandungi tiga paket plastik berisi serbuk dadah disyaki dadah jenis heroin.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.