Samsung Malaysia Memperkenalkan Ciri Notifikasi Denyutan Nadi Tidak Teratur Untuk Pengguna Galaxy Watch

TechnologyDigital
21 Oct 2024 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung hari ini mengumumkan pengenalan ciri notifikasi denyutan nadi tidak teratur [Irregular Heart Rhythm Notification (IHRN)] untuk pengguna Malaysia, melalui aplikasi Samsung Health untuk pengguna Galaxy Watch. Melaluinya, ia memantau degupan jantung, dan fibrilasi atrium (keadaan aritmia yang dicirikan melalui kadar denyutan nadi yang cepat dan tidak teratur, kerana terdapat gangguan pada nodus sinoatrium) – sekaligus memudahkan pengguna Samsung Galaxy Watch untuk lebih memahami keadaan jantung semasa mereka.

image is not available

Pengenalan ciri kesihatan baharu ini melengkapkan lagi penawaran Samsung sebelum ini yang sedia boleh memantau tekanan darah dan juga denyutan nadi.

Bagi anda yang menggunakan Galaxy Watch dan menjalankan Wear OS 4.0 dan terbaru, boleh menyemak penawaran ciri baharu IHRN ini melalui aplikasi Samsung Health. Sekiranya anda menerima sebarang notifikasi IHRN ketika memakai jam tangan pintar, boleh turut melakukan ECG menggunakan jam tangan sama untuk semakan lanjut. Seperti biasa, Samsung menasihatkan yang mana Galaxy Watch bukan peranti perubahan, dan direkabentuk sebagai langkah untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini sahaja.