Samsung Mempatenkan Rekaan Konsol Mudah Alih Boleh-Lipat

TechnologyGamingDigital
27 Nov 2024 • 9:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adakah peranti seterusnya daripada Samsung ialah sebuah konsol mudah alih? Laman 91Mobiles menemukan paten sebuah konsol mudah alih dengan skrin boleh-lipat yang difailkan oleh Samsung Display. Konsol ini kelihatan seperti sebuah Nintendo Switch dan ROG Ally apabila dalam keadaan terbuka dan boleh dilipat untuk menjadi lebih kecil.

image is not available

Unik di sini ialah skrin melipat ke luar dan bukan ke dalam seperti sebuah Z Fold 6. Dapat dilihat dua alat kawalan analog dan butang bahu seperti yang digunakan pada konsol mudah alih di pasaran sekarang. Dengan Samsung baru-baru ini mula menawarkan penstriman permua menerusi Gaming Hub mereka, adakah ini petanda awal melihat minat pengguna kepada perkhidmatan ini dengan konsol pertama dilancarkan kelak?

image is not available

Hampir 30 tahun lalu Sony menerjah masuk ke dalam arena konsol selepas kerjasama dengan Nintendo terhenti. Sony yang tidak pernah menawarkan konsol kini menjadi kuasa besar permainan video menerusi PlayStation. Mungkin dengan konsol mudah alih boleh-lipat nanti, Samsung juga boleh mengikuti langkah Sony.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved