Sony Sedang Membangunkan Konsol Mudah-Alih Untuk Permainan PS5 – Menyaingi Nintendo Switch

TechnologyDigital
25 Nov 2024 • 11:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah konsol mudah-alih yang akan membolehkan para pemain memainkan permainan PlayStation 5 ketika berada dimana-mana dengan mudah. Langkah ini dijangka akan membolehkan Sony menyaingi pasaran yang dikuasai Nintendo melalui Nintendo Switch.

image is not available
PlayStation Portal

Pembangunan konsol mudah-alih ini dikatakan akan dibangunkan berasaskan kepada PlayStation Portal sebelum ini – yang membolehkan pengguna memainkan permainan PS5 melalui penstriman internet. Walaubagaimanapun, konsol mudah-alih yang sedang dibangunkan baharu ini, dijangka boleh beroperasi secara kendiri dan bukannya berbentuk “aksesori” seperti PlayStation Portal.

Untuk makluman, sebelum ini pihak Sony sedia hadir dengan penawaran seperti PlayStation Portable (PSP) dan juga PlayStation Vita. Namun, ia sering dikategorikan sebagai kurang berjaya, membuatkan ketiadaan kesinambungan daripadanya.

image is not available
PSP

Bloomberg melaporkan peranti konsol mudah-alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran. Selain Sony, Microsoft juga dilaporkan sedang melihat ke arena sama – disamping pelbagai pengeluar komputer yang memperkenalkan variasi masing-masing kebelakangan ini.