Samsung Memperkenalkan Aksesori Komputer Dengan Pilihan Warna Mint Chocolate Chip

TechnologyDigital
9 Mar 2023 • 1:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung bukanlah sebuah jenama baru apabila bercakap mengenai penawaran komputer riba, tetapi syarikat teknologi Korea tersebut secara lazimnya tidak begitu dikenali untuk aksesori-aksesori komputer mereka.

image is not available

Terkini, Samsung di Korea telah memperkenalkan siri aksesori papan kekunci dan tetikus nipis dan ringan nirwayar yang dinamakan Samsung Wireless Keyboard Mouse Mint Choco. Dan seperti apa yang anda boleh sangkakan, kombo aksesori ini hadir dengan rekaan warna menarik Mint Chocolate Chip.

Papan kekunci ini hadir dengan profil rendah dan menggunakan suis membrane biasa dengan saiz penuh. Tetikus pula hadir dengan dua butang klik dan satu roda tatalan dengan corak warna yang sama.

image is not available

Satu-satunya kelebihan yang diperlihatkan pada kombo aksesori ini ialah ia berkongsi satu dongel USB yang boleh digunakan untuk disambungkan ke sebuah komputer secara nirwayar melalui sambungan WiFi 2.4GHz.

Untuk bateri pula, papan kekunci Samsung ini memerlukan dua bateri AA manakala tetikusnya pula hanya menggunakan satu bateri AA.

Buat masa ini, penawaran aksesori Samsung Wireless Keyboard Mouse Mint Choco ini hanya ditawarkan di Korea Selatan.