Galaxy AI Di Samsung Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 Percuma Hanya Sehingga Penghujung 2025

TechnologyDigital
11 Jul 2024 • 9:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 telah dilancarkan semalam dengan beberapa ciri Galaxy AI baharu yang menarik. Ciri-ciri ini kelak akan diberikan juga pada peranti Samsung yang lain bergantung kepada kemampuan cip pemproses. Seperti pada siri Galaxy S24 tempoh hari, Galaxy AI pada kedua-dua peranti skrin lipat baharu ini juga nampaknya hanya percuma sehingga penghujung 2025.

image is not available

Ini disahkan menerusi nota kaki yang diletakkan oleh Samsung di laman produk. Sehingga kini Samsung masih belum memberikan kata putus sama ada perkhidmatan ini akan kemudiannya terus diberikan percuma atau apakah pula pelan langganan bulanan yang perlu dibayar. Majoriti ciri AI seperti Sketch to Image dan Portrait Studio memerlukan sambungan internet dan ini pastinya menelan kos kepada Samsung. Samsung bekerjasama dengan Google bagi menawarkan kemampuan Galaxy AI mereka pada kedua-dua ciri ini.

Samsung mengatakan ciri Galaxy AI akan diberikan kepada 200 juta peranti menjelang penghujung 2024. Setakat ini Galaxy AI hanya disokong pada peranti mercu siri Galaxy S, Galaxy Z Flip dan Galaxy Z Fold.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved