
Samsung pagi ini mencapai nilai pasaran $1.159 trilion yang menjadikannya syarikat Asia kedua selepas TSMC mencapai nilai ini. Nilai lebih 1 trilion ini dicapai selepas saham Samsung melonjak hampir 12% dipacu oleh keuntungan meningkat mendadak yang diumumkan dalam laporan kewangan Q1 2026.

Samsung mencatatkan keuntungan operasi 57.2 trilion won (~RM 153 bilion) pada Q1 2026 bersamaan peningkatan lebih 750% berbanding suku sama tahun lalu. Pendapatan syarikat dalam suku sama ialah 133.9 trilion won yang bersamaan peningkatan 70%.
Peningkatan keuntungan yang sangat tinggi ini dipacu oleh permintaan tinggi untuk memori HBM (High‑Bandwidth Memory) dan memori pelayar untuk pusat data AI. Memori yang dihasilkan Samsung Semicondutors telah dijual pada harga premium dengan margin keuntungan yang besar. Jualan cip sahaja menyumbang pendapatan 81.7 trilion won.






