Samsung Mengacah Pelancaran Cermin Mata Pintar Dalam Masa Terdekat

TechnologyDigital
22 Oct 2025 • 11:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ketika majlis pelancaran Samsung Galaxy XR sebentar tadi, Samsung memberikan petanda awal peranti seterusnya yang akan dilancarkan ialah cermin mata pintar. Di penghujung majlis mereka mengumumkan kerjasama dengan Gentle Monster dan Warby Parker, dua syarikat pengeluar cermin mata terkemuka dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

image is not available

Bukan rahsia Samsung sedang membangunkan cermin mata pintar dengan Android XR menggunakan nama kod Haean. Ia dipercayai akan ditawarkan tanpa skrin terbina seperti Ray-Ban Meta yang merupakan cermin mata pintar paling popular di pasaran. Kali pertama Samsung mengesakan kewujudan produk ini ialah ketika pelancaran Galaxy S25 di awal tahun.

Xiaomi telahpun melancarkan cermin mata pintar mereka tahun ini sebagai pesaing kepada Meta Ray-Ban Display. Apple juga dikhabarkan memberikan tumpuan melancarkan cermin mata pintar pertama mereka. Maka bolehlah diramalkan, 2026 bakal menjadi tahun cermin mata pintar dilancarkan secara besar-besaran.