
Jenama fesyen Paris yang digilai ramai, IZIPIZI, kini meraikan ulang tahunnya yang ke-15.
Jenama cermin mata yang terkenal dengan reka bentuk ceria dan penuh gaya ini menandakan pencapaian penting tersebut dengan pelancaran eksklusif: Koleksi ECHO. Pelancaran ini bukan sahaja meraikan 15 tahun kejayaan, tetapi juga menandakan babak baharu buat IZIPIZI dalam menggabungkan gaya santai dengan ciri reka bentuk yang lebih mampan (sustainable) dan berprestasi tinggi.
Koleksi ECHO adalah model khas solar (cermin mata hitam) yang sangat eksklusif. IZIPIZI mengambil corak tortoise (tempurung kura-kura) yang menjadi kegemaran peminat dan mengubahnya menjadi rekaan kontemporari yang lebih segar.
- Mesra Alam Sekitar: Ini adalah kemunculan pertama IZIPIZI memperkenalkan bahan asetat bio-sourced dan dikitar semula dalam rangkaian produk mereka.
- Reka Bentuk Mewah: Didatangkan dalam warna Sepia Glow yang sofistikated, reka bentuknya yang diukir dengan teliti berjaya mengimbangi estetika warisan (heritage) dengan kepekaan moden.
- Perlindungan Mata: Cermin mata ini menawarkan perlindungan matahari Kategori 3, membuktikan komitmen jenama untuk menggabungkan tarikan yang tidak lapuk dek zaman dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Koleksi ECHO kini boleh dimiliki pada harga RM469 dan dijual secara eksklusif di kiosk IZIPIZI di Pavilion Kuala Lumpur, Tingkat 5, Lot No. P52.
Hadiah Percuma Untuk Peminat Setia
Sepanjang 15 tahun ini, IZIPIZI berpegang pada keyakinan mudah, cermin mata sepatutnya membawa warna dan keyakinan kepada momen harian.
Sempena meraikan ulang tahun ini dengan komuniti Malaysia, IZIPIZI menawarkan hadiah istimewa. Pelanggan yang berbelanja melebihi RM200 di kiosk IZIPIZI Pavilion Kuala Lumpur sepanjang bulan Oktober ini akan menerima kain pembersih IZIPIZI percuma dengan ciri perlindungan anti-kabus, bernilai RM29.90. Kain khas ini sesuai digunakan untuk semua jenis cermin mata, memastikan pandangan sentiasa jelas.
The post IZIPIZI Lancar Cermin Mata ECHO Koleksi Khas, Guna Bahan Kitar Semula appeared first on Siakap Keli.
