Samsung Mengesahkan Galaxy Ring Akan Tiba Di Malaysia 22 Januari Ini

TechnologyDigital
14 Jan 2025 • 12:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Ring adalah peranti boleh pakai baharu yang diperkenalkan pada tahun lepas. Ia adalah satu alternatif kepada Galaxy Watch atau turut boleh menjadi peranti pendamping untuk menggunakan kedua-duanya bersama. Baru-baru ini, Samsung mengesahkan kehadiran Galaxy Ring untuk pasaran Malaysia.

image is not available

Selepas memasuki pangkalan data SIRIM beberapa minggu lalu, Galaxy Ring disahkan akan dijual ke 15 negara lain selepas ia terhad kepada 38 negara. 15 negara ini adalah Malaysia, Cyprus, Czech, Greece, Hungary, Israel, Jepun, Mauritius, New Zealand, Singapura, Slovakia, Afrika Selatan, Taiwan, Vietnam dan Zambia. Pada masa yang sama, Samsung turut menambah dua saiz cincin baharu iaitu 14-15 berserta tiga warna baharu iaitu hitam titanium, perak titanium dan emas titanium.

image is not available

Bersama-sama dengan pengumuman ini, aplikasi Samsung Health turut dikemaskini. Data pemantauan tidur kini termasuk dengan faktor persekitaran seperti suhu atau kualiti udara. Ciri ini perlu digunakan bersama peranti internet benda SmartThings. Aplikasi turut kini akan memberi cadangan waktu tidur terbaik, dan menjejak keprihatinan diri sendiri (mindfulness).

Menurut perkongsian Samsung, jualan Galaxy Ring ini akan bermula pada 22 Januari 2025 dengan kit mengukur saiz cincin boleh didapatkan di kedai atas talian Samsung atau kedai fizikal Samsung.

image is not available

Harga jualan Galaxy Ring di Malaysia masih misteri, di Amerika Syarikat ia dijual pada harga sekitar RM1,800. Jika ia sedia dijual anda perlu pastikan yang anda betul-betul mahukannya kerana ia adalah produk yang tidak boleh dibaiki. Kemudian dikhabarkan Galaxy Ring 2 turut akan tiba tidak lama lagi, adakah anda mahu mendapatkan produk generasi pertama?