Samsung Menghasilkan Skrin Lipat Tanpa Garis Lipatan

TechnologyDigital
6 Jan 2026 • 12:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semua peranti skrin lipat sejak generasi pertama sehingga sekarang mempunyai garis kesan lipatan yang ketara. Walaupun diakui kesan lipatan semakin tidak ketara ia masih boleh dilihat dari sudut tertentu. Di CES 2026, Samsung Display memperlihatkan prototype panel skrin OLED Mont Flex tang tidak lagi mempunyai garis lipatan.

image is not available
Sumber gambar: Future

Mont Flex diumumkan Ogos tahun lalu tetapi tiada gambar menunjukkan panel tanpa garisan. Berdasarkan gambar di atas, ini ialah panel yang mungkin digunakan Z Fold8 dan peranti jenis Fold yang lain. Sebelum ini Samsung Display dipilih sebagai pengeluar panel iPhone Fold kerana hanya mereka mampu menghasilkan skrin tanpa garis ketara.

Perbezaan antara Mont Flex dengan panel Fold lain ialah terdapat plat besi berhampiran mekanisme lipat yang akhirnya menghilangkan kesan lipat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved