Samsung Menghentikan Kemaskini One UI 7 Berasaskan Android 15 Kerana Pepijat Serius

TechnologyDigital
15 Apr 2025 • 9:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung telah menghentikan proses kemas kini peranti ke One UI 7 berasaskan Android 15 di seluruh dunia kerana pepijat serius yang dilaporkan pengguna. Tahun ini kemas kini versi Android baharu sudahpun tertangguh sejak Disember walaupun Android 15 dilancarkan oleh Google tujuh bulan yang lalu.

image is not available

Menurut laporan Sammobile, pepijat serius ini melibatkan sistem Secure Folder yang menyulitkan kandungan dalam peranti. Sementara itu di Korea Selatan pula pengguna melaporkan Galaxy S24 mereka tidak boleh dinyahkunci selepas menjalani proses kemas kini. Akibatnya kemas kini One UI 7 kini ditangguhkan ke satu tarikh yang belum lagi diumumkan.

Di Malaysia kemas kini belum lagi diberikan pada siri Galaxy S24, Z Flip6 dan Z Fold6 beberapa minggu lalu. Ini adalah langkah kanan kerana sekiranya kemas kini diterima, isu yang sama mungkin dilaporkan juga pengguna tempatan.