Samsung Odyssey OLED G6 Diperkenalkan Dengan Kadar Segar Semula 500Hz

TechnologyDigital
13 May 2025 • 3:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda memiliki sebuah komputer gaming berkuasa, ataupun sebuah konsol permainan video baru dan sedang mencari sebuah paparan skrin yang setanding dengan spesifikasi hebat komputer anda, Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan paparan skrin gaming baru, iaitu Samsung Odyssey OLED G6.

Paparan skrin ini menggunakan panel QD-OLED dan hadir dengan saiz 27 inci dengan resolusi QHD (2560×1440) dan kadar segar semula 500Hz dengan sokongan teknologi paparan DisplayHDR TrueBlack 500 dengan nilai kecerahan 1000 nit.

image is not available

Dari segi sokongan teknologi paparan lain, Samsung Odyssey OLED G6 ini menyokong kedua-dua teknologi grafik NVIDIA G-SYNC dan juga AMD FreeSync Premium Pro untuk pengalaman gaming mendalam yang dapat memanfaatkan teknologi olahan seperti Ray-tracing dan Frame-Generation tanpa perlu anda risau mengenai isu seperti carikan skrin dan bingkai dalam permainan yang tidak selari.

image is not available

Dari segi pilihan palam pula, paparan ini hadir dengan satu palam DisplayPort 1.4 dan dua palam HDMI 2.1, satu palam audio 3.5mm dan dua palam USB Type-A yang boleh digunakan untuk menyambungkan aksesori USB ke komputer dengan cepat dan mudah.

Samsung mengatakan bahawa paparan skrin Samsung Odyssey OLED G6 ini akan mula ditawarkan di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura terlebih dahulu, tetapi buat masa ini, melalui kenyataan media yang dikeluarkan Samsung sendiri, tanda harga dan tarikh pelancaran paparan ini tidak diperlihatkan lagi.