Samsung Pay Kini Boleh Digunakan Untuk Pembelian Secara Atas-Talian Di Malaysia

LocalTechnology
28 Nov 2025 • 11:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Pay sedia boleh digunakan di kedai-kedai melalui pembayaran pada terminal menggunakan Samsung Wallet. Kini, tidak setakat itu, Samsung Pay turut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran secara atas talian.

image is not available

Samsung menjayakan perkara ini melalui kerjasama dengan pihak Fiuu di Malaysia. Penjual atau laman edagang yang mengintegrasikan sokongan pembayaran melalui Fiuu, kini turut boleh mengaktifkan sokongan Samsung Pay, sekaligus menerima pembayaran menggunakannya.

Samsung Pay merupakan integrasi yang ditawarkan Samsung pada peranti mereka. Pengguna boleh pautkan kad debit, kredit atau prabayar ke Samsung Pay, dan seterusnya menguruskan pelbagai perkara melibatkan pembayaran menggunakan Samsung Wallet. Menariknya, pengguna turut menerima mata ganjaran untuk belanja melalui Samsung Pay ini.

Pada hari ini, Samsung Pay menyokong 10 bank di Malaysia, dan juga turut menyokong kad prabayar Wise.