Samsung Sedia Memasarkan 400,000 Galaxy Ring Ogos Ini

TechnologyDigital
13 Mar 2024 • 11:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Ring adalah produk kategori baharu yang Samsung akan jual kepada orang ramai tahun ini. Cincin ini akan dapat menjejak nadi, sensor ECG, menjejak pola tidur, mengesan tekanan darah dan turut dipercayai dapat mengesan apnea tidur. Terdapat 9 saiz dan tiga warna akan ditawarkan dan ia boleh bertahan sehingga 9 hari. TheElec baru-baru ini melaporkan yang Galaxy Ring akan dipasarkan pada bulan Ogos dan Samsung telah bersedia dengan 400,000 unit.

image is not available

Ini adalah lebih lewat berbanding jangkaan awal yang cincin pintar ini akan tiba pada bulan Julai. Cincin ini turut boleh digunakan bersama-sama dengan Galaxy Watch, tetapi ia tidak boleh digunakan bersama iPhone. Jika benar Samsung sudah bersedia dengan 400,000 unit, Galaxy Ring akan menjadi cincin pintar yang menguasai pasaran dunia.

image is not available

Oura iaitu pesaing Galaxy Ring yang agak besar dan sudah bertahun beroperasi hanya mencatatkan 400,000 unit terjual menjelang tahun 2022. Samsung benar-benar serius dengan cincin ini dan nampak gaya, tiada sebarang langganan akan dikenakan seperti pesaing. Sama-sama kita nantikan kehadiran Galaxy Ring dalam masa beberapa bulan lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved