Terjemahan Al-Quran Pertama Dalam Bahasa Dusun Akan Dilancarkan Hujung Bulan Ini

13 Mar 2024 • 12:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ajaran Islam dapat disampaikan dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh etnik Sabah

Terjemahan Al-Quran Pertama Dalam Bahasa Dusun Akan Dilancarkan Hujung Bulan Ini. Terjemahan Al-Quran pertama dalam bahasa Dusun akan dilancarkan pada 31 Mac ini. Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Semalaysia (KDMRS Muslim), Nicholas Sylvester, berkata majlis pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Melalui terjemahan ini, ajaran Islam dapat disampaikan dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh masyarakat tempatan. Proses terjemahan melibatkan panel ahli yang pakar dalam bahasa Arab, serta berpengalaman dalam bidang bahasa dan pengajian agama,” katanya semasa melawat Istana Seri Kinabalu pada hari Isnin.

image is not available

Proses penterjemahan Al-Quran melibatkan ahli panel yang pakar dalam bahasa Arab, serta berpengalaman dalam bidang bahasa dan pengajian agama.

Beliau menambah, “Dengan kepakaran mereka, terjemahan Al-Quran ke dalam bahasa etnik Sabah dapat dilakukan dengan kualiti tinggi dan memenuhi piawaian yang ditetapkan.”

Projek terjemahan yang dilancarkan pada tahun 2019 ini merupakan usaha besar KDMRS Muslim dalam misi mereka untuk menyebarkan dakwah di seluruh negeri Sabah.

Menerusi terjemahan ini, ajaran Islam dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada masyarakat penutur bahasa Dusun di Sabah.

Baca juga artikel berkaitan, di bawah: