Samsung tetap sasaran besar untuk 2050, tapi anda boleh mula lihat hasilnya di Galaxy Z Flip4 sekarang

Design
9 Dec 2022 • 8:08 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung, mereka melihat kelestarian sebagai satu kerja yang memerlukan kebersamaan yang kukuh dan ia haruslah yang dipacu oleh generasi baru dan demi generasi baru.

image is not available

Satu inisiatif sedang digerakkan pihak mereka yang memberi fokus untuk mencapai penjumlahan sifar pelepasan karbon sebelum 2050.

Beberapa titik semak telah mereka tetapkan sepanjang laluan mereka ke sana. Contohnya, mereka sasarkan untuk menggunakan 50% plastik kitar semula dalam produk mereka menjelang 2030 dan tingkatkannya kepada 100% sebelum 2050.

image is not available

Seiring dengan masa yang berjalan, sudah dapat kita lihat beberapa perkara yang sudahpun direalisasikan seperti Samsung Eco-Friends.

Samsung Eco-Friends: Penghias telefon, penyelamat alam

Ini adalah siri produk aksesori yang ranggi untuk produk Samsung anda yang berkualiti tinggi dan dihasilkan menggunakan materi kitar semula.

image is not available

Untuk peranti seperti Samsung Galaxy Z Flip4, anda ada aksesori seperti R2-D2 Cover with Ring yang bakal terap gaya robot galaksi melalui perincian yang halus pada permukaan pelindung telefon ini.

image is not available

Produk ini dihasilkan daripada bahan yang lestari atau lebih tepat, sekurang-kurangnya 50% materi yang digunakan adalah polikarbonat yang telah dikitar semula.

image is not available

Selain tema peperangan galaktik, sekiranya anda sukakan yang lebih berwarna-warni, edisi kartun Simpsons juga ada. Ada dua variasi boleh anda dapatkan iaitu bertemakan Bart Simpson dan satu lagi adiknya, Maggie Simpson.

image is not available

Yang penting, separuh daripada materi penghasilkannya adalah bahan kitar semula.

Kunjungi Samsung Experience Store (SES) hari ini

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke kedai fizikal Samsung Experience Store (SES) untuk melihat dengan lebih dekat produk-produk yang ditawarkan Samsung. Anda boleh sentuh dan cuba Samsung Galaxy Z Flip4 dan padankannya dengan pelbagai aksesori yang ada.

image is not available

Dua SES yang sedang menanti ketibaan ada adalah yang letaknya di Mid Valley Megamall dan satu lagi Pavillion Kuala Lumpur.

Bila anda dah puas hati, anda sama ada boleh lakukan pembelian Galaxy Z Flip4 di sana ataupun lakukannya sahaja di rumah secara dalam talian dengan melayari laman rasmi inisiatif Galaxy Eco Friends.