Samsung Umum Teknologi Flex Titanium Menjadikan Skrin Lipat Yang Lebih Tahan Lasak

TechnologyDigital
15 Jul 2026 • 12:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung hari ini mengumumkan teknologi Samsung Flex Titanium yang dibangunkan untuk skrin lipat. Ia disahkan adalah panel skrin OLED yang akan digunakan pada siri Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8 yang akan dilancarkan minggu depan di London.

Image from: Samsung Umum Teknologi Flex Titanium Menjadikan Skrin Lipat Yang Lebih Tahan Lasak

Flex Titanium menggunakan dua lapisan platinum untuk menjadikan panel skrin lebih tahan lasak dan menjadikan kesan lipatan kelihatan kurang ketara. Menurut Samsung kekerasan mekanikal lapisan filem titanium pertama Flex Titanium adalah 20 kali ganda lebih tinggi berbanding polimer biasa. Ia hanya setebal sepertiga rambut manusia bagi membolehkan peranti lebih nipis dihasilkan.

Di bawah lapisan ini diletakkan pula plat titanium yang menyokong modul paparan dari bawah. Struktur baharu ini memberikan sokongan yang lebih stabil di bawah paparan apabila dibuka sambil mengekalkan fleksibiliti yang diperlukan untuk menampung lipatan berulang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved