Samsung Wallet Ditawarkan Di Malaysia Penghujung Bulan Ini

TechnologyDigital
19 Jan 2023 • 12:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Wallet telah dilancarkan pada tahun lalu bagi membenarkan pengguna peranti Samsung untuk menyimpan pelbagai kad fizikal penting secara digital. Ini termasuklah kad pengenalan, kad pembayaran, kunci, pas penerbangan dan banyak lagi.

image is not available

Selain daripada itu, ia turut boleh digunakan untuk simpanan aset digital seperti mata wang kripto dan integrasi SmartThings pula membenarkan kunci pintar turut disimpan menerusinya. Ia juga dilindungi oleh teknologi Samsung Knox sebagai lapisan keselamatan.

image is not available

Berkongsi lebih lanjut, perkhidmatan ini akan tersedia di beberapa lagi pasaran baharu, termasuklah Malaysia bermula penghujung Januari ini. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Samsung sendiri menerusi pengumuman yang diterbitkan dalam laman web rasmi.

Menurut Samsung, perkembangan baharu mengenainya juga akan dikongsikan dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan baharu mengenai penawarannya di pasaran Malaysia.