
BELURAN: Polis menangkap dua suspek kes samun berkumpulan berdekatan Ladang Maxland, Tongod kira-kira jam 5 petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Hasan Majid berkata, kedua-dua suspek tersebut sebelum ini diburu polis kerana melakukan samun bersenjata pada 1 Feb, yang menyebabkan dua mangsa cedera parah.
Advertisement“Operasi pengesanan kedua-dua suspek warga asing ini melibatkan pemeriksaan di kawasan perkampungan, rumah kongsi estet dan ladang.
“Beberapa maklumat disalurkan kepada penduduk sekitar bagi membantu mengesan suspek.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Bertindak atas maklumat awam, pasukan kami diketuai oleh Inspektor Indara Tetupok menangkap kedua-dua suspek sekitar jam 5 petang Rabu di kawasan berdekatan Ladang Maxland, Tongod,” katanya dalam kenyataan di sini.
Kes itu selesai dengan tertangkapnya kedua-dua suspek tersebut.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata, dua suspek itu reman bermula Khamis untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.


