Samun kedai serbaneka: Penganggur ditahan, seorang lagi diburu

13 Jul 2024 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Nora Ahmad

PENAMPANG: Seorang penganggur lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan menggunakan senjata di sebuah kedai serbaneka 24 jam, di sini, baru-baru ini.

Suspek lelaki berusia 47 tahun itu ditahan di sebuah kampung di Papar kira-kira jam 8.30 malam Selasa lalu bersama barang curi, tiga parang, dua senapang dengan peluru, dan pisau.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan diterima 16 Jun lalu berkaitan kes samun di sebuah pusat industri di Jalan Penampang.

Menurut pengadu, dua suspek lelaki masuk ke dalam kedai serbaneka tersebut dengan menggunakan topi keledar dan memakai pelitup muka.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Salah seorang suspek bertindak mengeluarkan parang dan meminta wang daripada pengadu.

“Suspek mengambil wang sebanyak RM1,081.50 yang disimpan dalam peti wang dan telefon bimbit milik pengadu yang dianggarkan bernilai RM2,000.

“Mereka kemudian beredar dari lokasi kejadian menggunakan sebuah motosikal berwarna gelap dengan nombor plat sukar dikenal pasti,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan kejadian itu pihaknya menerima maklumat mengenai salah seorang suspek dan serbuan dibuat oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (IPD) Penampang bersama cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah.

“Suspek seorang lelaki tempatan mempunyai dua rekod kesalahan lampau iaitu di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.

“Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Sebanyak 28 barang dirampas dan dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut.

“Kita percaya terdapat empat lagi kes rompakan yang dilakukan suspek iaitu di Penampang, dua di Kota Kinabalu dan Keningau di mana suspek menggunakan modus operandi samun secara berkumpulan dengan menggunakan senjata,” katanya.

“Kami kini memburu seorang lagi suspek, dikenal pasti sebagai ‘Samsul’ dan setinggi kira-kira 180cm,” katanya, sambil menunjukkan gambar lakaran wajah (fotofit) suspek.

Sammy berkata suspek masih bebas itu adalah orang tempatan dan menggesa orang ramai dengan maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Norisyam Syed Putera Arsad pada 018-9618072.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan kumpulan bersenjata dan Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen atau permit yang sah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.