Samun: Lelaki dipenjara 30 bulan

27 Jul 2024 • 3:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki dipenjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, pada Jumaat, kerana cuba melakukan samun ke atas seorang wanita.

Fazirin Japar, 38, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas mengaku salah kepada pertuduhan itu.

Tertuduh didakwa melakukan jenayah itu terhadap wanita itu di kawasan parkir belakang kedai di Jalan Pelabuhan, di sini, sekitar jam 10 pagi 21 Julai.

Menurut fakta kes, dalam kejadian itu, mangsa didatangi lelaki tidak dikenali (tertuduh) ketika mahu masuk ke dalam kereta dan menegurnya dengan mengatakan tayar kereta mangsa pancit.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Tertuduh kemudian bertindak mencekik leher mangsa dan cuba mengambil barangan berharga milik wanita tersebut tetapi gagal apabila kejadian berkenaan disedari orang awam.

Ada antara orang awam turut merakam video menggunakan telefon bimbit sebelum tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Tertuduh yang juga mempunyai rekod lampau berkaitan berkaitan jenayah pecah rumah dan kes dadah, berjaya ditangkap polis jam 5.40 petang pada 22 Julai.

Lelaki warga tempatan itu didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan hukuman denda, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa ASP Jeffrey Kadisun menjalankan pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hakim Rosli Ahmad menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu keputusan laporan ujian kimia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.