Tukang rumah, anak tiri rogol anak, 15, dipenjara, rotan

26 Jul 2024 • 3:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seorang lelaki tukang rumah warga asing berumur 46 tahun dijatuhi hukuman 15 tahun dan 10 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol anak perempuannya, 15.

Abang tiri mangsa berusia 24 tahun, yang juga seorang tukang rumah, turut dipenjara 15 tahun dan diperintah dikenakan 10 kali sebatan rotan oleh mahkamah sama kerana melakukan kesalahan serupa terhadap remaja terbabit.

Bapa dan abang tiri mangsa mengaku bersalah di hadapan Hakim Zaini Fishir @ Fisal atas kesalahan itu yang dilakukan antara Dis 2023 dan 9 Julai tahun ini; dan antara Ogos 2023 dan pada Jun 2024, masing-masing di sebuah rumah di ladang di Telupid.

Terdahulu, mahkamah diberitahu oleh pihak pendakwaan bahawa bapanya mengugut akan memukul mangsa jika mangsa memberitahu sesiapa mengenai perkara itu.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Pada 11 Julai, tahun ini mangsa dibawa ibunya pergi ke klinik di Telupid untuk membuat ujian kehamilan kerana mangsa sudah lama tidak datang haid.

Kemudian doktor mengesahkan mangsa hamil lima bulan menyebabkan mangsa membuat laporan polis.

Kedua-dua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan kedua-duanya dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang selepas menjalani hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya Lim Sze Chuen mengendalikan pendakwaan manakala dua lelaki itu tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.