Samun & Perkosa Wanita, Penjenayah Mengadu Sesak Nafas Sebelum M*ti

Entertainment
8 Oct 2025 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis dalam usaha memberkasnya kerana disyaki terbabit kes samun dan rogol di sebuah kondominium di Wangsa Maju.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 12.40 tengah hari apabila pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pecah rumah di kediaman berkenaan, pada Selasa.

“Bertindak atas maklumat, dua anggota polis bergegas ke lokasi dan memanggil penghuni rumah, namun tiada jawapan diterima.

“Lima minit kemudian, pintu dibuka oleh seorang lelaki sebelum polis memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan masuk untuk membuat pemeriksaan,” katanya.

image is not available

Lelaki itu secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau pemotong daging dan cuba menetak anggota polis yang menyebabkan berlaku pergelutan.

“Anggota polis berjaya mengelak sebelum suspek menumbuk muka dan menggigit tangan salah seorang daripada mereka.

“Dengan bantuan pengawal keselamatan, suspek akhirnya berjaya ditahan,” katanya.

Suspek mengadu sesak nafas

Menurut polis, suspek berusia 26 tahun itu kemudian mengadu sesak nafas sebelum rebah di tempat kejadian. Pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba 40 minit kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

3 wanita dikurung, seorang diperkosa

Menerusi siasatan polis, ketika kejadian terdapat empat mangsa wanita tempatan berada di dalam rumah tersebut.

“Suspek mengikat tangan kesemua mangsa sebelum mengurung tiga daripadanya di bilik utama.

“Seorang lagi mangsa dibawa ke bilik kedua dan dirogol sebanyak dua kali termasuk di bilik mandi. Keempat-empat mangsa turut mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan, muka dan badan,” katanya.

Dalam kejadian sama, suspek yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan samun turut melarikan wang tunai RM200 serta kad ATM milik mangsa sebelum melakukan serangan tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.