Sandakan lancar Pelan Strategik 2024-2028 ke arah bandaraya pintar, lestari

LocalPolitics
17 Jan 2025 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam melancarkan Pelan Strategik Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) 2024-2028 dalam satu majlis yang diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Sandakan malam ini.

Joachim berkata, pelan strategik ini adalah teras kepada usaha menjadikan Sandakan bandaraya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu, menurut kenyataan media.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau mengucapkan tahniah kepada MPS atas inisiatif merangka pelan yang menyeluruh dan bersifat komprehensif untuk mencapai visi "Sandakan Ke Arah Bandaraya Pintar dan Lestari 2030.

“Pelan ini bukan sekadar dokumen, tetapi merupakan visi, aspirasi, dan komitmen kolektif untuk membawa Sandakan ke tahap yang lebih tinggi. Ia turut menyokong aspirasi Kerajaan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs),” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau turut menekankan enam kriteria utama yang perlu dipenuhi oleh MPS untuk mencapai status bandaraya, termasuk kecekapan tadbir urus, jumlah penduduk yang mencukupi, kestabilan kewangan, pembangunan infrastruktur berkualiti, kelestarian alam sekitar dan penglibatan aktif komuniti.