Sandakan naik taraf bandar raya antara Ogos – Okt: Bung

21 Jun 2022 • 4:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Sandakan dijangka dinaik taraf sebagai sebuah bandar raya antara Ogos hingga menjelang Oktober depan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata penaiktarafan itu sepatutnya dilakukan pada awal tahun ini namun, disebabkan kekangan tertentu hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

“Sekarang, Sandakan sudah bersedia. Majlis Perbandaran Sandakan juga menyatakan mereka sudah bersedia untuk Sandakan dinaik taraf sebagai bandar raya.

“Sudah tentu impaknya akan meningkatkan ekonomi Sandakan dan sudah tentu akan ada perancangan baharu yang akan kita laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup majlis Karnival Belia Keluarga Malaysia anjuran Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) Libaran di sini malam Ahad lepas.

Menurut Bung Moktar, antara perancangan melonjakkan ekonomi Sandakan ialah memajukan aspek pelancongan melalui usaha merancakkan penyertaan usahawan kecil tempatan.

“Contohnya, mungkin kita akan bina waterfront seperti di Kota Kinabalu dan ini tentunya akan menarik pelancong,” tambahnya.

Mengenai karnival dua hari bemula Sabtu itu, Bung Moktar berkata ia bersesuaian dengan misi BN untuk merapatkan diri dengan rakyat dan memberi peluang kepada masyarakat khususnya belia untuk berniaga dan mempamerkan bakat dalam kegiatan sukan dan rekreasi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.