Sandakan perlu penuhi kriteria jadi bandar raya

12 May 2023 • 3:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: MPS perlu terus membuktikan komitmen sebelum kerajaan boleh mengangkat ia sebagai Majlis Bandar Raya.

Timbalan Ketua Menteri II yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, berkata dalam soal ini, kerajaan ingin melihat MPS memberikan bukti konkrit bahawa ia mampu menjadi sebuah Majlis Bandar Raya.

“Jika dari segi teori, MPS sebenarnya telah mempunyai keupayaan untuk menjadi sebagai Majlis Bandar Raya. “Kita percaya MPS juga sedang bekerja keras untuk merealisasikan hasrat ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT VANZO X Marvel Series Car Vent Perfume: VANZO Car Perfume Brand Teams Up with Marvel for Disney's 100th Anniversary Celebration Kota Kinabalu: In honour of Disney's 100th anniversary, Marvel superheroes and VANZO have teamed up to launch a new "Superhero Scent" series of car perfume, “VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume”. Read more “Tetapi MPS perlu terus membuktikan komitmen sebelum kerajaan boleh mengangkat ia sebagai Majlis Bandar Raya. “Ketika ini kita masih menunggu Sandakan benar-benar menjadi bandar raya selepas semua kriteria dipenuhi,” tambahnya.

Beliau berharap, dalam masa tiga tahun ini, Sandakan akan jadi bandar raya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MPS 2023 di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini, pada Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan status terkini MPS kepada Majlis Bandar Raya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee; Anggota Dewan Undangan Negeri Karamunting, George Hiew Vun Zin; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Jamili Nais; Presiden MPS, Henry Idol dan Timbalan Presiden MPS II merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Islam MPS dan Pengerusi Pelaksana Majlis, Farizal Setoh serta warga kerja MPS.

Pada majlis itu, Joachim turut menyampaikan penghargaan kepada pesara-pesara MPS.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis tempatan kelolaan RTM Sandakan dengan kerjasama MPS dan Jabatan Penerangan Sandakan.

Mengenai Terminal Bas Bersepadu Sandakan yang telah siap sejak beberapa tahun lepas tetapi masih belum dapat digunakan, Joachim berkata, ia bakal digunakan Jun ini sekiranya ia mendapat Sijil Layak Menduduki (OC) daripada pihak berkenaan.

Mengenai harga rumah yang mahal di Sabah, jelasnya, ini adalah fenomena dunia dan bukan hanya berlaku di negeri ini.

“Bagaimanapun, kerajaan sedang berusaha membantu sedikit dari segi kawalan harga siling barangan tertentu meski berhadapan dengan barangan yang sentiasa naik di pasaran,” katanya.

Terdahulu, berucap pada majlis itu, Joachim berkata, sambutan Aidilfitri memberi peluang kepada rakyat pelbagai etnik, agama dan budaya untuk sama-sama berkongsi sambutan itu. “Amalan ini mewakili semangat Malaysia Madani yang mampu memberikan impak besar kepada keharmonian negara,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.